Sumud Nusantara Beri Update Terbaru, 3 Kapal Ini Masih Belum Dipintas – “Ardell Tidak Dapat Dihubungi”

Berita

Sumud Nusantara Beri Update Terbaru, 3 Kapal Ini Masih Belum Dipintas – “Ardell Tidak Dapat Dihubungi”

Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan berlaku intimidasi oleh tentera rejim Israel terhadap kapal-kapal flotilla termasuk yang membawa delegasi Malaysia, ketika berada di perairan antarabangsa, 80 batu nautika dari Gaza.

Menurut SNCC, kejadian bermula sekitar 1.20 pagi waktu Malaysia apabila kapal Alma dan Sirius menerima gangguan daripada kira-kira 10 buah kapal tentera Israel.

Advertisement

Provokasi & Gangguan Komunikasi

Tentera Israel dilaporkan menggunakan water cannon, menyekat akses komunikasi termasuk CCTV serta siaran radio. Kapal turut diarahkan menukar laluan menjauhi Gaza, meskipun berada di kawasan perairan antarabangsa.

Bagaimanapun, SNCC menegaskan tiada bunyi tembakan direkodkan dan menafikan spekulasi kononnya delegasi Malaysia diseksa.

Dua Delegasi Malaysia Hilang Hubungan

Sehingga kini, dua wakil Malaysia dilaporkan tidak dapat dihubungi selepas serangan berlaku di kapal Mikeno dan Inana iaitu Nurul Hidayah Binti Mohd Amin (Ardell Aryana) dan Razali Bin Awang.

Baki Delegasi Masih Teruskan Misi

Sementara itu, 9 delegasi Malaysia lain yang berada di kapal Free Willy, Fair Lady dan Estrella disahkan masih meneruskan pelayaran menuju Gaza.

Free Willy: Muhd Haikal Luqman Bin Zulkefli, Muhammad Hareez Bin Adzrami (Haroqs), Taufiq Bin Mohd Razif

Estrella: Rahmat Ikhsan Bin Mohd Sofyan (PU Rahmat), Norhelmi Bin Ab Ghani, Norazman Bin Ishak, Mohd Asmawi Bin Mukhtar

Fair Lady: Muhammad Bin Abdullah (Ustaz Muhammad Kechik), Zainal Rashid Bin Ahmad (ZRA)

SNCC menegaskan pihak mereka akan terus memantau keadaan serta menyeru rakyat Malaysia untuk mendoakan keselamatan semua aktivis flotilla.

haroqd
2025-10-02 09:57:49

“Doakan Saya Ayah, Halalkan Segalanya” – Bot Disekat Kini, Mesej Peserta Malaysia GSF Runtun Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...