Sumpahan Lima Tahun Filem Sekuel Disney, Maleficent Sekadar Mengutip $36 Juta

Trending

Sumpahan Lima Tahun Filem Sekuel Disney, Maleficent Sekadar Mengutip $36 Juta

Filem sekuel Maleficent: Mistress of Evil yang ditayangkan pada hujung minggu lalu mendahului carta dengan kutipan hanya $36 juta. Walaupun menghampakan, pelancaran luar negara dilihat lebih baik dengan kutipan $117 juta dengan debut global $150 juta.

Kutipan hujung minggu dilihat sedikit merudum kerana filem Maleficent yang pertama membuka panggung dengan kutipan hujung minggu sebanyak $69 juta pada tahun 2014. Tetapi apa-apa pun, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi memandangkan ianya baru ditayangkan selama empat hari.

Advertisement

filem maleficent
Menurut Forbes, bagi kutipan luar negara di Jepun hanya sekadar meraih $3.2 juta walaupun dahulu mendapat $67 juta untuk filem Maleficent yang pertama. Dengan nilai kutipan yang begini, ramai yang meramalkan filem sekuel Maleficent mengalami sumpahan ‘lima tahun’ untuk filem sekuel Disney.

Filem sekuel Disney yang lain seperti LEGO Movie 2, Pacific Rim: Uprising and Godzilla: King of the Monsters turut mengalami nasib yang sama apabila sekuel yang dikeluarkan lima tahun selepas filem pertama tidak berjaya mendapat kutipan yang diramal.

maleficent
Kutipan luar negara sebanyak $117 juta ini termasuk $22 juta di China dan $10 juta di Russia. Filem pertama Maleficent berjaya mengutip kutipan tinggi mungkin juga kerana penonton lebih tertanya-tanya dengan watak Maleficent itu sendiri dan teraju utama wanita di dalam filem sangat jarang pada tahun 2014.

Walaupun kutipan domestik tidak memberangsangkan, filem sekuel ini mungkin berjaya menjadi filem kelima Hollywood yang berjaya menembusi kutipan $400 juta pasaran global. Mengikut jejak langkah Terminator: Genisys, Warcraft, The Mummy and Alita: Battle Angel yang tidak mencecah $100 juta kutipan domestik.

Artikel berkaitan: Filem Maleficent: Mistress Of Evil, Tercetusnya Persoalan Baru Dalam Trailer Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...