Filem sekuel Maleficent: Mistress of Evil yang ditayangkan pada hujung minggu lalu mendahului carta dengan kutipan hanya $36 juta. Walaupun menghampakan, pelancaran luar negara dilihat lebih baik dengan kutipan $117 juta dengan debut global $150 juta.
Kutipan hujung minggu dilihat sedikit merudum kerana filem Maleficent yang pertama membuka panggung dengan kutipan hujung minggu sebanyak $69 juta pada tahun 2014. Tetapi apa-apa pun, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi memandangkan ianya baru ditayangkan selama empat hari.
Filem sekuel Disney yang lain seperti LEGO Movie 2, Pacific Rim: Uprising and Godzilla: King of the Monsters turut mengalami nasib yang sama apabila sekuel yang dikeluarkan lima tahun selepas filem pertama tidak berjaya mendapat kutipan yang diramal.
Walaupun kutipan domestik tidak memberangsangkan, filem sekuel ini mungkin berjaya menjadi filem kelima Hollywood yang berjaya menembusi kutipan $400 juta pasaran global. Mengikut jejak langkah Terminator: Genisys, Warcraft, The Mummy and Alita: Battle Angel yang tidak mencecah $100 juta kutipan domestik.
Artikel berkaitan: Filem Maleficent: Mistress Of Evil, Tercetusnya Persoalan Baru Dalam Trailer Ini