Sumpah Laknat Tiada Dalam Perundangan Islam – Mufti Wilayah Persekutuan

Trending

Sumpah Laknat Tiada Dalam Perundangan Islam – Mufti Wilayah Persekutuan

Umum mengetahui, baru-baru ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membuat sumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru menafikan pembabitannya dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Pelbagai persoalan timbul mengenai sumpah tersebut termasuklah mempersoalkan mengenai fungsi dan peranan masjid ketika sumpah dilakukan.

Advertisement

najib razak sumpah laknat

Bagi mendapatkan jawapan serta penerangan yang lebih jelas mengenai isu berkenaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berkunjung ke pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan mengenai sumpah mubahalah.

Sumpah laknat tiada dalam perundangan Islam

sumpah laknat tiada dalam perundangan islam

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tiada istilah sumpah laknat dalam perundangan Islam kecuali membabitkan perkara mengenai li’an.

Manakala mubahalah dalam Surah Ali Imran ayat ke-61, ia tidak merujuk kepada sistem perundangan Islam, sebaliknya ianya dikategorikan dalam bab sumpah dalam perdebatan bagi menyokong hujah yang benar.

sumpah laknat

Menurutnya, dalam prinsip perundangan Islam sumpah hanya diambil kira atau dilakukan apabila diminta oleh qadhi atau hakim. Ianya dilaksanakan selepas pendakwaan dilakukan, bahan bukti dikemukan dan keterangan saksi didengar.

JAWI wajar gubal peraturan larang sumpah dilakukan di  masjid

sumpah laknatDalam pada itu, Dr  Zulkifli berkata, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) wajar menggubal peraturan melarang apa-apa majlis melibatkan sumpah atau sumpah laknat berkaitan kepentingan awam atau kes yang sedang dibicarakan. Tindakan ini bagi mengelakkan masjid dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

Sumber Berita : Mufti Wilayah Persekutuan

Kredit Foto : Malay Mail / Firdaus Latif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...