Written by Bella | December 7th, 2017

Seorang pendakwah bebas terkenal iaitu Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, sumpah laknat yang dilakukan oleh penyanyi Norshila Amin terhadap Lana Nodin kerana memfitnah dirinya dan mahu membuktikan dirinya tidak bersalah menipu duit rakan artis di sebuah ekspo di Brunei adalah tidak sah.

Sumpah tersebut sah jika ia melalui beberapa proses mahkamah dengan empat kali bersumpah diikuti dengan sekali sumpah laknat secara tertutup dan bukan untuk tontonan awam. Malah, cara Shila yang memegang Al-Quran untuk bersumpah juga tidak tepat. Sumpah dikira sah dalam kes Shilea adalah hanya sumpah biasa dan bukan sumpah laknat.

Nabi Muhammad SAW bersabda; Barangsiapa yang ingin bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau (jika tidak), hendaklah dia diam sahaja (tidak bersumpah) (Riwayat Al-Bukhari). Apa-apa pun, kita tidak mahu, kaedah memegang Al-Quran ketika bersumpah menjadi trend masyarakat dan menimbulkan salah faham.

Sumpah biasa dalam kes tersebut dianggap sah apabila dimulakan dengan lafaz “wabillahi, wattallahi” atau salah satu antara lafaz tersebut juga sudah mencukupi.

Namun sumpah biasa ini sepatutnya hanya dilakukan sesudah ‘bayyinah’ atau bukti yang diiktiraf oleh syarak dikemukan oleh pihak yang menuduh. Apakah bayyinah ini? Jika belum ada bukti kuat, maka tidak perlu menolak dengan cara sumpahan kerana ia dikira hal kecil dan tiada kukuh.

Menurut Dr Zaharuddin lagi, seseorang itu haruslah benar-benar dizalimi dengan bukti yang kukuh dan bukannya melakukan sumpah laknat hanya kerana mengikut nafsu amarah kerana kemusnahan boleh menimpa dirinya kelak.

Sumber Berita : mStar Online

24 responses to Sumpah Laknat Norshila Amin Terhadap Lana Nodin Dan Mahu Mempertahankan Diri Tidak Sah – Pendakwah

  1. Anonymous says:

    untuk tujuan tak helok..haram.

    11

    0
    • Jemah says:

      Jual sampret je kot..sampai bersumpah-sumpah makcik.
      Macam la business beratus juta-juta…disenarai dlm papan Bursa Saham New York.

      16

      1
      • Jom Karok says:

        rambu ..rambu ramba…terbayang dimataaaaa.

        0

        3
      • pisang goreng says:

        orang tua zaman sekarang ni memang suka cari pasal ke ??
        kalo kita smash balik kan dikata nyer kita x hormat org tua plak. orang tua yg suka cari pasal ni perlu ke dihormati ?? tua2 tu tolong lah yer sedar diri sikit… komen aku ni ditujukan untuk orang tua seluruh dunia yg perangai haprak.

        8

        1
        • VooDoo Diva says:

          Good point, pisang goreng… Baby boomers vs Millennials. Biasa lah… tp generation kita jgn main2, derang nak sgt cari pasal, undang2 kan ada. Tunggu jer la surat lawyer yea, Auntie Shila :)

          1

          1
    • Cili says:

      pergi settle kat waring bakso je lah. bawak orang tengah roslan syah yg konon nama busuk angkara ko. habis cerita…

      5

      0
    • batang sampret says:

      nak berniaga..berniaga la elok. tak perlu marah2…dan meroyan. sama2 cari rezeki. korang kan retis… jagalah adab dan kelakuan tu. yang malu retis2 lain juga. bila netizen kecam tahu pulak sentap. berniaga ikut syariat islam…

      9

      0
    • Anonymous says:

      Lana tu mmg seksi giler. tp dia bukan jenis reka2 cerita. laki dia dh kaya buat apa dia nk busuk hati dkt org nak2 makcik yg jual semperit ni je.

      19

      0
      • Anonymous says:

        tak kaya mana pun laki dier tu kalau kaya tak buat bisnes kecik jual slimming products, handbeg & kasut jelly, jus kunyit untuk wanita, jus cholesterol……

        5

        9
        • Anonymous says:

          Nk bisnes ni org miskin je ke boleh? Kalau tu passion dia apa salahnya.

          16

          0
        • susher says:

          panjang kan akal pasal berniaga ni…bila melayu berniaga selalu dikatakan tak cukup duit, pelajaran tak tinggi…dok kt opis dipandang tinggi walaupun gaji dan dikerah mcm monyet…ikut je ckp boss walaupun salah…abis kaum lain meniaga xde duit ke? coz berniaga ko kena start dari A sampai Z…dan bukan semua org sanggup…contohnye org Melayu kita..nak2 senang je…dh diajar camtu wat camane kannn…

          10

          0
    • fatimah busung says:

      makcik bersumpah yang makcik tak tendang troli tu. makcik jual semperit jer.

      0

      1
  2. Anonymous says:

    kah x3.. mak cik bawang sila buat press conference sekali lagi. nak tahu juga pasal songlap duit kt brunei tu. apa cerita sebenar?

    6

    1
  3. Anonymous says:

    biasa lah..baru dituduh tendang trolley dah meroyan…
    menopause???

    2

    3
  4. peace says:

    kenapa perlu bersumpah? bukti2 yang menyokong kita tak ada ke?

    3

    1
  5. anonymous says:

    tudung jahil

    1

    1
  6. Zaza says:

    Dgr tu akak veteran oi.ustaz dh tegur.malu sikit,awk tu bkn muda lg nk bergaduh mcm ni malu lah anak2 muda,artis2 muda tgok.
    Lgpon bnda ni xdanbukti kukuh yg Lana tu tuduh awk.mungkin hanya sekadar umpatan biasa..tp awk besarkan smpai mcm ni sekali..yg lbh penting…mana ada org komplen awk ambik duit org? Siapa mangsanya? Ada yg tampil ke?

    4

    0
  7. Kedondong says:

    Aku dah kata…sumpah laknat bukan benda ringan. Selalu yg main sumpah ni golongan yahudi masa zaman nabi. Itulah penunggang agama….mana2 pun ader.

    7

    1
  8. Anonymous says:

    Aku tengok Lana santai je kat IG dia. Takde nak meroyan mcm2. Makcik ni je yg lebih2.. tahu diri salah tu pasal dia bising

    8

    1
  9. come to mama says:

    expo di BRUNEI? bukan SINGAPORE ke? hmm.

    0

    0

Leave a Comment

Optional