Sumpah Laknat Norshila Amin Terhadap Lana Nodin Dan Mahu Mempertahankan Diri Tidak Sah – Pendakwah

Hiburan

Sumpah Laknat Norshila Amin Terhadap Lana Nodin Dan Mahu Mempertahankan Diri Tidak Sah – Pendakwah

Seorang pendakwah bebas terkenal iaitu Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, sumpah laknat yang dilakukan oleh penyanyi Norshila Amin terhadap Lana Nodin kerana memfitnah dirinya dan mahu membuktikan dirinya tidak bersalah menipu duit rakan artis di sebuah ekspo di Brunei adalah tidak sah.

Advertisement

Sumpah tersebut sah jika ia melalui beberapa proses mahkamah dengan empat kali bersumpah diikuti dengan sekali sumpah laknat secara tertutup dan bukan untuk tontonan awam. Malah, cara Shila yang memegang Al-Quran untuk bersumpah juga tidak tepat. Sumpah dikira sah dalam kes Shilea adalah hanya sumpah biasa dan bukan sumpah laknat.

Nabi Muhammad SAW bersabda; Barangsiapa yang ingin bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau (jika tidak), hendaklah dia diam sahaja (tidak bersumpah) (Riwayat Al-Bukhari). Apa-apa pun, kita tidak mahu, kaedah memegang Al-Quran ketika bersumpah menjadi trend masyarakat dan menimbulkan salah faham.

Sumpah biasa dalam kes tersebut dianggap sah apabila dimulakan dengan lafaz “wabillahi, wattallahi” atau salah satu antara lafaz tersebut juga sudah mencukupi.

Namun sumpah biasa ini sepatutnya hanya dilakukan sesudah ‘bayyinah’ atau bukti yang diiktiraf oleh syarak dikemukan oleh pihak yang menuduh. Apakah bayyinah ini? Jika belum ada bukti kuat, maka tidak perlu menolak dengan cara sumpahan kerana ia dikira hal kecil dan tiada kukuh.

Menurut Dr Zaharuddin lagi, seseorang itu haruslah benar-benar dizalimi dengan bukti yang kukuh dan bukannya melakukan sumpah laknat hanya kerana mengikut nafsu amarah kerana kemusnahan boleh menimpa dirinya kelak.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...