Selebriti popular, Datin Rebecca Nur Al Islam tampil menafikan dakwaan bahawa dia pernah meminjam wang sebanyak RM1.5 juta daripada kakak iparnya, Bonda Rozita Ibrahim.
Dalam satu hantaran di Instagram, Rebecca menegaskan dengan bersumpah bahawa dia langsung tidak pernah menerima wang seperti yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Sumpah demi nama arwah ayah dan demi nama ibu saya. Saya tak pernah berhutang atau pinjam atau tahu-menahu mengenai RM1.5 juta yang diperkatakan. Demi Allah dan Rasulullah saya bersumpah!
Saya terkejut saya difitnah pihak sana dengan tanda pagar #1.5 semasa mereka membuat sesi siaran langsung. Yang ini mungkin pada mereka sekadar konten, tapi tak kelakar ya melibatkan perkara sebegini kerana satu Malaysia ingat saya dapat RM1.5 juta daripada kakak ipar saya.
Rebecca turut memaklumkan bahawa dia telah pun memaklumkan kepada abangnya mengenai hal tersebut, dan perkara itu juga sudah disampaikan kepada Bonda Rozita.
Isterinya berjanji akan membersihkan nama saya serta keluarga mengenai konten fitnah. Pada saya perkara ini bukan main-main. Ini adalah fitnah besar yang saya serta keluarga kena.
Demi Allah #1.5 juta yang anda semua fikir dan sedang dibualkan itu hanyalah sekadar konten geram daripada pihak sana untuk memalukan saya ketika isu sedang panas.
Dalam pada itu, Rebecca turut mengakui kesilapan dirinya kerana memuat naik video balas terhadap kenyataan Datin Seri Shahida akibat terlalu terbawa-bawa dengan emosi.
Silap saya hari itu apabila saya diapi-apikan dengan video daripada pihak sana lalu saya melakukan video balas dengan menjawab semula setiap tuduhan yang mengatakan saya mencari publisiti murahan.
“Saya tahu saya salah sebab memarahi pihak sana dengan kata-kata yang saya gunakan.” jelas Rebecca.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.