Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menegur dan memperbetulkan penyanyi rap, Caprice susulan kenyataan yang dilakukan olehnya baru-baru ini berkenaan dengan bersumpah.
PU Syed menerusi hantaran di akaun Instagramnya memaklumkan kenyataan sumpah yang sebetulnya hendaklah dilakukan dengan menggunakan nama Allah SWT.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, PU Syed juga memberi nasihat serta berpendapat bahawa yang sepatutnya bersumpah adalah orang yang didakwa dan bukannya Caprice yang patut bersumpah.
Nasihat ambe, yang perlu bersumpah itu adalah beliau, bukan Caprice. Namun setakat ini belum nampak dia nak bersumpah.
Terdahulu, Caprice telah melakukan pendedahan demi pendedahan melibatkan kelakuan tidak baik seorang pendakwah bebas terkenal dan disebabkan itu beliau bersumpah atas nama ibu dan bapanya bahawa dia mengenali perangai pendakwah tersebut.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.