Pertussis/whooping cough atau dalam bahasa Melayunya, batuk kokol adalah salah satu penyakit amat menyeksakan. Batuk ini kalau kena, bukan main-main. Batuk tak berhenti-henti sampai tak sempat ambil nafas. Baru-baru ini Abang Nara ada tertengok satu video di Facebook di mana seorang bayi batuk tidak berhenti-henti sampai biru lidah akibat penyakit ini.
Cubalah bayangkan sekiranya anak anda terkena penyakit Pertussis ini. Batuk tak henti-henti. Takkan tak sedih melihat nasib anak anda? Masih belum terlewat untuk anda membuat perkara yang betul demi anak anda. Lengkapkan imunisasi anak anda hari ini juga. #LengkapkanImunisasi #JanganLupaCucuk. Sumber Facebook Taufiq Razif.