Sumbat Dadah Dalam Perut Anjing, Bakal Doktor Haiwan Dipenjara Enam Tahun

Trending

Sumbat Dadah Dalam Perut Anjing, Bakal Doktor Haiwan Dipenjara Enam Tahun

Harapkan pegar, pegar makan padi. Seorang bakal doktor haiwan dihukum penjara enam tahun kerana didapati bersalah menyumbat dadah ke dalam perut anjing.

anjing

Advertisement

Andrez Lopez Elorez, 39, melakukan pembedahan ke atas anjing-anjing dan memasukkan dadah jenis heroin untuk diberikan kepada pengadar dadah di Colombia seterusnya dihantar ke Amerika Syarikat.

anjing

Sindiket ini menggunakan anjing sebagai ‘keldai dadah’. Sekurang-kurangnya sebanyak sembilan ekor anjing telah melalui prosedur kejam ini dan tiga ekor haiwan itu mati selepas diserang virus.

Elorez didapati menyewa sebuah ladang di Medellin, Colombia, di mana dia secara rahsia membela anjing untuk dijadikan ‘keldai dadah’.

anjing

Namun kegiatan jahatnya itu berjaya dihidu pihak berkuasa. Eloraz digambarkan sebagai pelajar terbaik dalam kelasnya di sebuah sekolah veterinar.

anjing

Eloraz mengakui tindakan kejamnya itu adalah pengkhianatan terhadap ikrarnya untuk mencegah penyalahgunaan haiwan.

Sumber Berita: Daily Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.