Di saat ada yang memerlukan bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Ustaz Ebit Lew sering tampil menghulurkan tangan tanpa mengira bangsa dan agama. Namun, ramai yang iri hati dengan usaha murninya itu sehingga ada yang melemparkan tuduhan mengatakan dia riak menggunakan kereta mewah ketika memberikan bantuan.
Malah, timbul juga tuduhan lain yang begitu melampau seperti mempertikaikan dimana pendakwah itu mendapat duit serta derma dari rakyat digunakan untuk kepentingan diri dan macam-macam lagi.
Enggan salah faham terus timbul, Ustaz Ebit menerusi akaun Facebooknya menjelaskan berkenaan pendapatan yang diperoleh beliau dari beberapa sumber yang diusahakan sendiri.
Memuat naik foto rumahnya bersama kereta mewah, beliau menceritakan bagaimana rezekinya sentiasa mencurah dari Allah SWT.
Bekerja dan berniaga lebih 10 tahun
Ada 3 restoran dan 2 program tv
Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak
Semoga dengan penjelasan ini, para pengkritik berpuas hati dan tidaklah membuat sebarang tohmahan lagi. Kepada Ustaz Ebit, teruskan perjuanganmu dan jangan pernah berputus asa meskipun pelbagai cabaran mendatang. Semoga terus tabah dan dimurahkan rezeki untuk terus membantu mereka yang memerlukan.

Bidadariwanabe
April 29, 2020 at 7:41 am
Tetkesan sgt. Meleleh airmata saya. Ustaz idola saya. Tak mungkin ada dua… Ustaz mulia hati, jujur dan ikhlas.
Insan kiriman Allah… T. Kasih Ustaz. Tak mampu jadi sebaik Ustaz, keiklasan Ustaz tiada tandingan. Moga Allah rahmati Ustaz. Amin
Anonymous
April 28, 2020 at 11:54 pm
Alhamdulillah..teruskan usahamu ke jalan Allah…
Hida
April 28, 2020 at 2:21 pm
beza bila orang berilmu tulis post…sejuk je hati baca
Anonymous
April 28, 2020 at 11:44 am
Teramatt baik sangat.sokong perjuanganmu.semoga Allah mmbalasnya