Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sumbang RM40,000 Kepada Rakyat Palestin, Ben Ali Dan Nadiyah Shahab Bantu Ringankan Penderitaan

Ben Ali Nadiyah Shahab

Usahawan dan juga pelakon, Ben Ali dan juga isterinya Nadiyah Shahab dilaporkan telah menyumbang sejumlah wang bernilai RM40,000 dalam usaha membebankan penderitaan rakyat Palestin yang kini berada dalam krisis peperangan bersama rejim Zionis di Timur Tengah.

Ujar Ben, mereka telah mendermakan wang tersebut kepada 7 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang diperolehi hasil jualan produk keluaran mereka, Absolut Chocolat di Malaysia dan juga Singapura.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ali Nadzwan ?? (@bena1i)

Dalam pada itu, pasangan ini turut mendermakan sumbangan peribadi sebanyak RM12,000 kepada NGO berkaitan.

View this post on Instagram

A post shared by Ali Nadzwan ?? (@bena1i)

“Sebanyak RM40,000 disumbangkan kepada beberapa pertubuhan yang menjalankan misi ini. Ia adalah hasil jualan Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura. Jumlah sumbangan ini mengandungi sebahagian kecil daripada setiap seorang yang membeli produk kami. Dalam masa sama, isteri saya Nadiyah juga buat sumbangan peribadi sebanyak RM12,000..”

Jelas Ben lagi, isterinya sangat terkesan dengan penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin terutamanya wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.

View this post on Instagram

 

A post shared by Ali Nadzwan ?? (@bena1i)

Dia turut menzahirkan harapan agar sumbangan tersebut dapat sedikit sebanyak meringankan beban saudara Islam yang berada di bumi Gaza.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Ben Ali dan Nadiyah mengucapkan terima kasih kepada pembeli yang telah membeli barangan jualan mereka kerana secara tidak langsung telah membantu mereka menjayakan sumbangan tersebut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. nani

    May 20, 2021 at 12:11 pm

    Mudah2an diberkati, dimudahkan urusan, bahagia dunia akhirat, murah rezeki, tenang selalu. Ameen..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top