Sultan Selangor Zahir Pandangan Hala Tuju Kampong Bharu- “Ia Adalah Simbol Kebangkitan Orang Melayu..”

Berita

Sultan Selangor Zahir Pandangan Hala Tuju Kampong Bharu- “Ia Adalah Simbol Kebangkitan Orang Melayu..”

Sejak sekian lama, isu pembangunan Kampung Sungai Baru nampaknya semakin memuncak kebelakangan ini sementelah pihak berkuasa mula membuat kerja perobohan rumah yang masih ada di tapak kawasan.

Ditambah dengan penglibatan beberapa individu yang masih enggan memberikan tapak rumah meskipun pampasan diberikan, isu Kampung Sungai Baru seolah-olah tidak menemui titik persamaan dan penyelesaian.

Advertisement

Terbaru, Istana Alam Shah tampil menghebahkan mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Sultan Selangor hari ini mengenai hala tuju keseluruhan kawasan Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

Sultan Selangor bertitah mengenai Kampong Bharu

Baginda meskipun tidak menyentuh secara langsung mengenai isu pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru yang sedang tular kini.

Beta ingin memberi pandangan berhubung isu pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

Selepas membaca maklum balas daripada pelbagai pihak, Beta mahu agar isu ini dikendalikan secara teliti dan berhemah dengan keutamaan harus diberikan kepada kepentingan orang Melayu.

Beta tiada halangan sekiranya kawasan Kampong Bharu hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman, namun syarat-syaratnya harus jelas berpihak kepada orang Melayu.

Dalam titah tersebut, Baginda turut menyentuh susur galur dan juga sejarah Kampong Bharu semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1899, hasil kurniaan nenda Baginda, Sultan Selangor ke-5.

Titah penuh:

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

khalid samad saman rafidah
2025-09-18 11:20:43

Kg Sungai Baru : Khalid Samad Saman Rafidah Ibrahim - "Tolong Beza Maksud Leasehold Dan Tanah Rizab"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...