Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa baginda murka dengan keputusan Malaysia Footbal League (MFL) yang mengenakan hukuman melampau terhadap Selangor FC.
Sultan Selangor murka dengan FAM & MFL
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu, baginda menganggap keputusan itu sebagai berlebihan, dibuat tanpa ihsan dan tidak berperikemanusiaan.
Tambah Sultan Sharafuddin, hukuman itu juga tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.
Anggap tidak berperikemanusiaan dan tiada empati
Baginda juga amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan ahli FML, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Menurut baginda lagi, Hamidin seperti langsung tidak serius dalam bersuara mengenai isu tersebut (pengkhianatan terhadap Mickey).
Sukan yang sepatutnya menjadi platform perpaduan antara berbilang kaum dan rakyat, kini telah dicemari dengan keganasan.
Lebih teruk lagi, MFL dan FAM langsung tidak serius bersuara dan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu mengenai aspek keganasa dan kezaliman yang berlaku terhadap pemain-pemain.
Terdahulu, MFL & FAM telah mengenakan hukuman denda sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah dan MFL, pemotongan tiga mata serta hukuman menjalankan perlawanan (LS14) tanpa penonton terhadap skuad Selangor.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.