Sultan Pahang Dipilih Sebagai YDP Agong Baharu

Trending

Sultan Pahang Dipilih Sebagai YDP Agong Baharu

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in, hari ini  telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-16 menggantikan Sultan Muhammad V, yang meletakkan jawatan sebagai YDP Agong pada 6 Januari lepas.

Advertisement

Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama. Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja, yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, dihadiri oleh semua Sultan dan Raja Melayu kecuali Kelantan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad turut mengsahkan berita tersebut menerusi satu kenyataan rasmi menyebut menurut peruntukan Perenggan 3, Bahagian Pertama Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-Raja telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad juga sudah dimaklumkan tentang pelantikan tersebut.



Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada 7 Januari berkata Majlis Raja-Raja memutuskan istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong baharu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong ditetapkan pada 31 Januari ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Hari Anggara & Bernama News

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...