Sultan Muhammad V Dukacita Masih Ramai Rakyat Ambil Ringan SOP

Trending

Sultan Muhammad V Dukacita Masih Ramai Rakyat Ambil Ringan SOP

Susulan isu kenaikan kes yang semakin tinggi di Kelantan, Sultan Muhammad V, sangat dukacita melihat ramai rakyat negeri ini masih mengambil ringan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Baginda sekali gus menitahkan semua pihak, terutama rakyat Kelantan, perantau, golongan kenamaan mahupun selebriti, supaya tidak merentas negeri sekiranya tiada kecemasan.

Gambar Hiasan

Ini juga berikutan perebakan varian Afrika Selatan B.1.351 di negeri ini dikesan berpunca daripada aktiviti terbabit.

Advertisement

Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Muhammad V, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, berkata baginda turut menzahirkan kebimbangan susulan peningkatan mendadak jangkitan COVID-19 sehingga mencecah lebih 400 kes sehari di Kelantan sejak pertengahan bulan lalu.

Justeru, beliau berkata, baginda menyeru rakyat agar mengambil serius perkara berkenaan.

“Unit Rawatan Rapi (ICU) hampir penuh kapasiti dan ia turut menjejaskan pesakit ICU sedia ada sehingga terpaksa ditempatkan di wad biasa”

Gambar Hiasan

“Jumlah pesakit meningkat sehingga memaksa kerajaan negeri membuka hospital lapangan di Padang Perdana, dan ini menunjukkan situasi kritikal di Kelantan”

Baginda juga menyarankan semua peniaga supaya mengutamakan pengurusan perniagaan secara dalam talian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...