Sultan Johor Tak Mahu Salam, Perdana Menteri Jawab Dakwaan

Trending

Sultan Johor Tak Mahu Salam, Perdana Menteri Jawab Dakwaan

25289216

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hanya mampu menggelengkan kepala berikutan tohmahan di media sosial yang mendakwa kononnya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menolak untuk bersalaman dengan dirinya.
Najib ketika mengulas dakwaan itu berkata, baginda juga sebenarnya menyambut kehadirannya di istana.

Advertisement

Sultan Johor tunggu saya di istana, minum teh dengan dia, naik kereta yang dipandunya.

Saya duduk sebelah, berbual dalam kereta, takkan itu pun salam lagi, nanti orang kata gila, (di) istana sudah salam, naik kereta sama,… (nak) salam lagi?” katanya sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini.

Najib membuat penjelasan itu berikutan video viral yang memaparkan kononnya sultan Johor tidak mahu bersalaman dengannya ketika majlis pelancaran Forest City di Johor pada minggu lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...