Sultan Johor Kurniakan 10 Buah Kereta Myvi Kepada 10 Jururawat Wad Diraja HSA

Trending

Sultan Johor Kurniakan 10 Buah Kereta Myvi Kepada 10 Jururawat Wad Diraja HSA

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini (20 September 2020), berkenan mengurniakan 10 kereta Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA). Menerusi hantaran berserta gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda, kurniaan terbabit adalah bagi menzahirkan penghargaan atas sumbangan serta khidmat para jururawat berkenaan kepada baginda dan keluarga Diraja Johor. Kenderaan itu disampaikan kepada para jururawat berkenaan dalam satu majlis di Kasawari Motors Sdn Bhd di Larkin, di sini, oleh Pengarah Kasawari Motors Muhammad Fahmi Hassan.

Advertisement

Menurut hantaran itu, Penyelia Jururawat Matron Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak 2006, melahirkan perasaan syukur atas kurniaan berkenaan.

“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda Tuanku Sultan atas kurniaan ini. Besar sungguh nilainya kepada kami semua dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Johor serta keluarga Diraja Johor,” katanya.


Turut berkongsi perasaan sama, Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak, tiga hari lepas.

“Saya bersyukur dapat hadir kerana ini merupakan satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Sultan Johor dan keluarga Diraja Johor,” katanya.


Semoga dengan kurniaan ini para jururawat wad Diraja HSA akan lebih bersemangat untuk melakukan kerja mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...