Sultan Johor Berkenan Biaya Kos Wad Hospital Sultanah Aminah Yang Terbakar Semalam

Trending

Sultan Johor Berkenan Biaya Kos Wad Hospital Sultanah Aminah Yang Terbakar Semalam

Semalam, rakyat Johor dikejutkan lagi dengan insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) namun kali ini melibatkan Wad Perubatan Perempuan 1 yang terletak tidak jauh dari Klinik Kesihatan Mahmoodiah. Kesemua 24 pesakit berjaya diselamatkan setelah dibawa keluar daripada wad tersebut.

Ini bukanlah kali pertama insiden kebakaran berlaku di hospital tersebut kerana HSA pernah mengalami kebakaran iaitu pada Oktober 2016. Ianya melibatkan tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan yang mengakibatkan enam pesakit maut.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Facebook, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan untuk membiayai kos membaik pulih wad yang terbakar semalam. Baginda bertitah akan melantik kontraktor bagi kerja-kerja pembaikan dijalankan segera dengan kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

“Saya mahukan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Kesihatan Johor serta Pengarah Bomba Johor bersama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan oleh kontraktor.”

Baginda turut memberitahu kebiasaannya kos pembaikan jika dilakukan kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan baginda tidak menyalahkan kerajaan. Oleh itu, baginda mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera.

DYMM Sultan Johor bertitah, Baginda sentiasa mengutamakan rakyatnya dan peranan YSIJ juga amat besar kerana sentiasa terlibat dalam membantu orang ramai dalam pelbagai perkara.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...