Sultan Brunei Titah Pendekkan ‘Working Hours’ Sepanjang Ramadan, Netizen Malaysia – “Sini Dah Terawih Pun Tak Habis Kerja Lagi”

Berita

Sultan Brunei Titah Pendekkan ‘Working Hours’ Sepanjang Ramadan, Netizen Malaysia – “Sini Dah Terawih Pun Tak Habis Kerja Lagi”

Menerusi surat pekeliling yang diedarkan Jabatan Perdana Menteri Brunei, waktu bekerja dipendekkan bagi kakitangan kerajaan di negara itu sepanjang bulan Ramadan.

Mengikut titah perkenan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, mereka hanya perlu bekerja enam jam sehari merangkumi waktu bekerja di kementerian dan jabatan kerajaan.

Advertisement

 

Hari Jumaat lebih pendek

Waktu yang ditetapkan bagi kakitangan awam Brunei adalah dari jam 8 malam sehingga jam 2 petang sahaja namun hanya pada hari Jumaat sahaja, ia lebih pendek iaitu kira-kira tiga jam setengah.

Manakala, pada hari Jumaat operasi bermula dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.

 

Pekerja gaji hari pun dipendekkan waktu bekerja

Bagi mereka yang bekerja menerima gaji hari pula, waktu bekerja mereka dititahkan untuk dikurangkan selama satu jam dari waktu bekerja biasa.

Penentuan waktu mula kerja pula terpulang kepada budi bicara kementerian dan jabatan masing-masing.

hassanal bolkiah

 

Dapat perhatian netizen Malaysia

Berita itu yang dikongsikan satu akaun di TikTok telah meraih perhatian warga Malayia yang mencemburui dengan kakitangan kerajaan Brunei.

Kata mereka, di Malaysia budaya waktu bekerja masih seperti biasa pada bulan Ramadan malah ada yang berseloroh kerja masih belum selesai meskipun sehingga waktu solat terawih.

komen

Dalam pada itu, ada yang sempat memerli kakitangan kerajaan di sini kerana hanya membuak kaunter urusan selama beberapa jam sahaja.

komen

Bagaimanapun, sestengah individu yang bekerja di sektor swasta sempat berkongsi tentang kebaikan majikan mereka yang membenarkan pulang awal.

Malah, ada yang memuji majikan mereka yang bukan beragama Islam kerana memahami keperluan pekerja Islam dan menghormati bulan Ramadan.

komen

Aliff awang
1 year ago

"7 Bungkus Nasi Lemak Ayam RM8, Kalau Malaysia Tulang Ayam Je Dia Bagi" - Opai Anggap Harga Brunei Lagi Berbaloi Dari Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Sinar Plus

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...