Semenjak perkahwinan dengan Akhil Hayy, rasanya memang tak pernah nampak Waheeda di mana-mana rancangan hiburan. Rupa-rupanya Waheeda ada sebabnya yang tersendiri. Mungkin kata-kata Waheeda di bawah boleh dijadikan panduan untuk sesiapa sahaja yang mahu menceburi dunia hiburan:-
Punca sukar menunaikan solat adalah kesibukan di set penggambaran. Saya berhadapan masalah untuk bersolat dan berwuduk kerana penggambaran yang melalaikan. Saya pernah mahu mengekalkan wuduk untuk bersolat lima waktu namun apabila pengarah produksi tahu saya berwuduk dia sewenang-wenangnya memegang tangan saya. Malah dia (pengarah) turut ketawakan saya sesudah wuduk saya batal. Siapa dia untuk mempermainkan agama Allah!
Sememangnya dunia hiburan banyak cabaran lebih-lebih lagi jika anda beragama Islam. Semoga cerita Waheeda di atas menjadi pengajaran untuk kita semua. Terima kasih kepada Waheeda kerana sudi berkongsi susur galur kehidupan seorang artis.