Pelakon dan juga usahawan, Nur Fazura meluahkan rasa sayu apabila mengenangkan nasib kana-kanak di Palestin pada ketika ini.
Kata Fazura, dia sering memikirkan soal itu ketika melihat anak perempuannya, Fatima yang mempunyai kehidupan yang baik sedangkan ramai kaum ibu di Palestin menderita kerana kehilangan anak masing-masing akibat kekejaman zionis.
Anak saya tersenyum sedangkan saya memikirkan kaum ibu di Gaza yang telah kehilangan anak. Kini mereka sedang menghiburkan anak-anak mereka yang cedera akibat serangan berterusan oleh zionis.
Sukar untuk benar-benar rasa bahagia hari ini.
Perkara itu dikongsikan Fazura menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya untuk tatapan peminat.
Sebelum ini, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu aktif menyebarkan info dan kesedaran mengenai kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin gara-gara konflik peperangan yang terjadi di antara rejim Zionis pada ketika ini.
Dia juga turut dilihat turun padan ke perhimpunan solidariti termasuklah mengibar bendera Palestin ketika menghadiri konsert Coldplay baru-baru ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.