Sukar Untuk Menyewa Apabila Diskriminasi Kaum Semakin Meluas

Trending

Sukar Untuk Menyewa Apabila Diskriminasi Kaum Semakin Meluas

Isu perkauman di Malaysia agak sensitif untuk dibicarakan, namun hakikatnya ia tidak boleh dipandang remeh. Sebagai rakyat yang hidup di dalam komuniti majmuk berbilang kaum, bangsa dan agama, kita seharusnya menghormati dan mengamalkan sikap bertolak ansur antara satu sama lain.

Advertisement

Namun, sudah banyak keluhan rasa kecewa yang kita dengar apabila ada pemilik rumah yang ingin disewa hanya mahu menyewakan rumah ataupun bilik mengikut faktor kaum dan agama. Bukan berdasarkan kemampuan penyewa untuk membayar jumlah sewa.

Berdasarkan satu penyelidikan, satu daripada lima rakyat Malaysia ataupun 21 peratus daripada 1,204 rakyat Malaysia mendakwa mengalami diskriminasi berdasarkan etnik mereka ketika ingin mencari tempat untuk menyewa.

Kajian yang dilakukan oleh YouGov Omnibus ini menunjukkan kira-kira 469 kaum India menghadapi diskriminasi ini berbanding 20 peratus kaum Cina dan 18 peratus kaum Melayu. Ia berdasarkan kaji selidik melibatkan 1,200 rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Apa yang berlaku ini secara tidak langsung bertentangan dengan  dasar keharmonian dan perpaduan negara. Terdahulu, ramai yang menyarankan kerjaan menggubal undang-undang khas dan menghapuskan akta bagi mengelakkan diskriminasi kaum dan jantina di negara ini.


Harapnya satu hari nanti akan ada solusi untuk permasalahan ini. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : The Star Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...