Sukar Tidur, Bertukar Pendiam, Sarimah Tak Sedar Ada Tanda Awal Kemurungan

Hiburan

Sukar Tidur, Bertukar Pendiam, Sarimah Tak Sedar Ada Tanda Awal Kemurungan

Melalui keperibadian yang penuh dengan aura positif, siapa sangka penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kini Kau Tiada iaitu Sarimah pernah melalui detik-detik kemurungan selepas bersalin.

Ella
3 years ago

"Rasa Suram Dan Letih.." - Ella Akui Pernah Alami Masalah Kemurungan

Advertisement

Tidak berselindung di sebalik keceriaan dan kebahagiaan yang terlihat pada kaca mata umum, penyanyi dan juga pengacara itu berkongsikan kisah yang dialaminya dengan harapan dapat membantu insan lain.

Kata ibu kepada seorang cahaya mata itu, segalanya bermula dua tahun yang lalu selepas beliau melahirkan anak perempuannya yang ditunggu-tunggu seluruh keluarga.

Saya mempunyai kesukaran untuk tidur, rasa bimbang, bertukar pendiam, cepat berpeluh dan hilang selera makan tanpa sebarang sebab. Pada ketika itu saya tidak sedar pun gejala sebegitu sebenarnya tanda awal kemurungan.

Bermula dari situ, Sarimah atau CHE Puan Sarimah menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan berasa amat bertuah kerana dikelilingi dengan ahli keluarga yang peka serta mengambil berat tentang perubahan dirinya.

Sarimah dan anaknya

Sekadar info, menerusi perkongsian hidup bersama cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Tunku Sofia Najihah yang kini berusia dua tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...