Pelakon Ezzaty Abdullah khabarnya telah mengambil keputusan untuk memberhentikan persekolahan anak sulungnya, Harum Dahlia gara-gara tidak dapat fokus ketika belajar dalam talian.
Enggan membazir dan membuang masa anaknya itu, Ezzaty berkata Dahlia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika pembelajaran dalam talian untuk sesi prasekolah.
Meskipun begitu, isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini kemudiannya bertindak untuk mengambil alih tugas dan menjadi guru kepada anaknya itu di rumah.
Waktu dia masuk online class pun saya yang banyak bantu dia, jadi saya fikir lebih baik saya ambil alih untuk terus ajar dia.
Jelas Ezzaty, Harum Dahlia kini sudah pandai mengeja dan mengenal huruf walaupun tidak secara menyeluruh.
Cerita pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu lagi, suaminya Azwan lebih menumpukan kepada persediaan fizikal kerana aktor itu tidak mempunyai kesabaran yang tinggi untuk meengajar budak-budak.
“Saya memang suka budak sebab pernah kerja di taska. Saya tahu macam mana nak ajar budak. Tapi kalau bab aktiviti fizikal dia la yang ajar.” maklum Ezzaty lagi.
Sekadar info, Ezzaty dan Azwan telah mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Harum Dahlia.