Terlalu susah nak ambil gambar ketika keadaan gelap? Jangan risau, Huawei P30 Series akan selesaikan masalah ini untuk anda. Walaupun berada di dalam keadaan yang malap dengan sumber cahaya yang amat rendah, anda tetap boleh membidik gambar yang mengkagumkan. Malah, anda juga boleh merekod video tanpa sebarang masalah. Jom kita tengok kehebatan Huawei P30 Series ini:-
Evolusi Cahaya Huawei P30 Series
Cara pengesanan cahaya telah ditulis semula oleh Huawei daripada RGGB ke RYYB untuk lebih cahaya di dalam semua gambar anda. Kerjasama di antara Huawei SuperSpectrum, sebuah sensor yang memberikan 40% lebih cahaya, 2 ISP Kirin 980 dan algorithm yang dibangunkan sendiri memastikan segala memori anda diabadikan di dalam gambar yang jelas sama ada di waktu siang atau malam.
Anda boleh lihat yang perkara yang tidak mampu dilihat di dalam gelap dengan Huawei P30 Pro. Di bawah adalah contoh beberapa gambar yang diambil di dalam keadaan malam atau gelap sepenuhnya. Sebelah kiri diambil oleh telefon pintar lain, sebelah kanan oleh Huawei P30 Pro.
Gambar oleh: Alexan Deng
Gambar oleh: Fan Jun
Dan sudah pasti ia bukanlah satu masalah untuk merakam video di dalam gelap. Jom tengok betapa hebatnya rakaman video Huawei P30 Series walau tanpa sumber cahaya yang banyak.
Anda juga boleh mencubanya sekarang!!! Ikuti langkah di bawah untuk aktifkan rakaman video Huawei P30 Series.
1. Buka applikasi kamera ketika berada di dalam keadaan gelap
2. Pilih mode “Video”
3. Buat rakaman yang penuh berwarna dan jelas walau tanpa sumber cahaya yang mencukupi
Semua orang boleh menjadi jurugambar professional dengan Huawei P30 Series. Ia sangat mudah dan senang untuk menangkap gambar pada waktu malam. Gambar-gambar di bawah telah ditangkap di dalam keadaan malap dan juga gelap sepenuhnya.
Kehebatan bandar Kuala Lumpur pada waktu malam yang ditangkap dengan Huawei P30 Series.
Gambar oleh Amsyar Naaif
Keindahan aurora berjaya diabadikan menerusi Huawei P30 Pro, satu detik yang amat mengkagumkan
Gambar oleh Carson
Keunikan dunia bawah tanah terserlah dengan Huawei P30 Pro
Gambar oleh Liu Sangen
Kehebatan fungsi “super low-light” di dalam Huawei P30 Series
Selain daripada merakam kegembiraan pada waktu malam, anda juga boleh menangkap keindahan serta kecantikan malam itu sendiri. Dengan Huawei P30 Series, bukanlah satu masalah untuk menangkap gambar di dalam suasana yang malap. Jadi, apa yang anda tunggu lagi?
Harga jualan Huawei P30 & P30 Pro ialah RM2,699 dan RM3,799 dan boleh dibeli di kesemua HUAWEI Brand Stores serta syarikat telekomunikasi utama di seluruh Malaysia. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, Huawei Online Official kini memberikan pelbagai tawaran dan kejutan apabila anda membeli P30 Series di SINI
Sebagai contoh, apabila anda membeli HUAWEI P30 di SINI, anda bakal membawa pulang “Wireless Charging Case” dan “HUAWEI Wireless Charger”.
Sekiranya anda membeli Huawei P30 PRO pula, HUAWEI Talkband B5 bernilai RM599 bakal menjadi milik anda. Tambahan lagi, setiap pembelian RM1,500 ke atas membolehkan anda menyertai “lucky draw” untuk memenangi sepasang tiket pergi balik ke Tokyo, Jepun.
Untuk lebih informasi, layari LAMAN RASMI HUAWEI.