“Suka Tutup Telinga Walaupun Tak Bising” – Dr Say Minta Ibu Bapa Peka Tanda Anak Autisme

Hiburan

“Suka Tutup Telinga Walaupun Tak Bising” – Dr Say Minta Ibu Bapa Peka Tanda Anak Autisme

Doktor selebriti popular, Dr Say Shazril memohon ibu bapa peka dengan perkembangan anak-anak.

Dr Say dan anak sulungnya
3 years ago

Netizen Dakwa Habis Duit Buktikan Diri Lelaki Sejati, Label Anak OKU, Dr Say Terkilan

Advertisement

Menurut Dr Say atau nama lengkapnya Shazril Shaharuddin, sebelum anak sulungnya, Aezreil atau lebih mesra dipanggil Ace disahkan mengalami gangguan perkembangan neuro atau mild autism, anaknya itu telah menunjukkan beberapa tanda.

Hati kecil saya masih berharap yang Ace is normal akan tetapi lepas baca-baca patutlah dulu Ace suka tutup telinga walaupun tak bising. Patutlah dia guna mulut nak bukak penutup botol.

Tambah Dr say, anaknya juga memilih dalam bab makanan yang hanya mahu makan mee atau pasta sahaja. Dia turut akui menjaga Ace semasa baby berbeza kesukarannya daripada menjaga anak keduanya, Sefriel.

Saya teramat bersyukur dikurniakan seorang isteri yang peka akan kelainan Ace pada awal-awal dulu dan ambil tindakan mengenainya dengan melakukan terapi awal, kalau tak mungkin Ace tidak seperti sekarang.

Terdahulu, Dr Say tampil berkongsi kisah perkembangan anak pertamanya Aezriel yang disahkan menghidap mild autism.

Dr Say telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Dr Azura Abbas pada 30 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu, Aezreil dan Sefriel.

Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel yang trending pada pautan di bawah.

Ana Raffali
3 years ago

"Maaf, Saya Guru Bahasa Inggeris, Kena Biasakan Yang Betul" - Ana Raffali Tegur Pengguna Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...