Katanya, ada seorang pengarah yang dikenali dengan keriuhan dan mulut murainya membuatkan ramai orang dalam industri seni mula menyampah.
Menurut sumber, pengarah ini memang mempunyai karakter yang mulut ‘potpet’ dan kerap kali bercakap tak bertapis apabila membicarakan tentang sesuatu.
Ala, orang kata mulut tak ada insurans.
Namun, kerana seringkali lantang dan suka menegur bermacam-macam isu dalam industri, ramai yang tidak berpuas hati.
Tak ada isu pun, boleh jadi isu untuk dia.”
Difahamkan, ada yang dalam kalangan rakan-rakannya sudah tidak tahan dan annoyed dengan perangainya yang asyik mahu menegur orang tidak bertempat.
Kalau tegur dengan niat mahu memalukan orang, itu memang tak baiklah kan?”
Bukan hanya memberi ‘ulasan’ di media sosial semata-mata tetapi pengarah ini juga didakwa selamba ‘menyelit’ memberikan komen sehingga memalukan orang lain.
Disebabkan itu, ada yang dipercayai terasa dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya kerana selalu berbaur sindiran.
Tak salah kalau nak beri pandangan tentang sesuatu hal tetapi jaga percakapan terutamanya kalau mahu komen tentang orang lain.
Kenalah jaga aib dan air muka orang itu kalau pun nak ‘bergurau’ kan? Jangan nanti kerana mulut badan binasa.