Suka Shopping Online? Ini Tektik Baru Penipuan Scammer. Awas!

Trending

Suka Shopping Online? Ini Tektik Baru Penipuan Scammer. Awas!

pengguna-facebook-kena-tipu

Makin lama, makin banyak kes penipuan online oleh scammer yang disifatkan sangat licik dan kompleks.

Cara penipuan ini ada juga yang melibatkan “kambing hitam” atau admin panggil sebagai “penipuan tiga hala” supaya si penipu sukar dikesan dan dijejaki.

Advertisement

Selain licik, teknik ini juga sangat licik dimana pelbagai cara digunakan oleh penipu untuk mengorek duit daripada mangsa..

CWO4LAeU4AUcZAR

Tekniknya begini :

1. Penipu akan mencari seorang “kambing hitam” yang juga seorang peniaga online dan berpura-pura mahu membeli barang dari peniaga tersebut. Matlamat penipu cuma mahukan butiran akaun bank peniaga tersebut.

2. Kemudian, penipu itu akan berpura-pura menjual barang online dengan pelbagai teknik untuk mencari mangsa. Sekiranya jerat mengena, mangsa dikehendaki melakukan pembayaran kepada akaun “kambing hitam” tersebut.

3. Setelah pembayaran dibuat oleh mangsa, penipu akan menghubungi “kambing hitamnya” dan cuba untuk mengorek keluar wang yang dimasukkan tadi. Antara alasan yang digunakan adalah seperti :

  • Terlebih memasukkan wang
  • Tersalah akaun
  • Nak batalkan pembelian
Dan penipu ini mungkin pergi bersemuka sendiri dengan kambing hitamnya untuk mengambil duit tersebut supaya jejaknya selepas ini tidak dapat dikesan.
Malah yang lebih teruk, ada juga menggunakan teknik yang sama untuk menggunakan kesemua duit yang dimasukkan oleh mangsa untuk membeli barangan untuk keperluannya sendiri dari “kambing hitamnya”.

 

Itu lah modus operandi teknik ini. Namun caranya mungkin sedikit berbeza kerana teknik ini boleh ‘berkembang’ bergantung kepada kepintaran si penipu.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan sebegini adalah :

Untuk pembeli mengelak dari menjadi mangsa

  • Lakukan pembelian secara COD.
  • Gunakan aplikasi atas talian yang tidak membenarkan peniaga mengambil duit secara terus daripada pembeli. Seperti contoh : Lazada, Shoppe & Alibaba.
  • Beli di kedai yang berdaftar sahaja.
  • Lihat review dan rating dari pengguna lain.

Pada yang berniaga secara online, admin sarankan korang mendaftar dengan SSM untuk buktikan korang bukan scammer. Sebab sekiranya dah berdaftar dengan SSM, pembeli boleh membuat laporan polis sekiranya ditipu dan akan diamik tindakan berdasarkan maklumat perniagaan yang telah didaftarkan di SSM

Moga perkongsian ini bermanfaat..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...