Suka Pakai ‘Earphone’ & ‘Earbud’ Lama-Lama? Pakar ENT Dedah Pengguna Mungkin Terdedah Masalah Pendengaran Serius

Gaya Hidup

Suka Pakai ‘Earphone’ & ‘Earbud’ Lama-Lama? Pakar ENT Dedah Pengguna Mungkin Terdedah Masalah Pendengaran Serius

Selain untuk mendengar muzik, alat audio seperti earbud, earphone dan headphone kini turut menjadi aksesori fesyen popular dalam kalangan anak muda, terutamanya generasi Z (Gen Z).

Namun, ramai tidak sedar bahawa tabiat ini sebenarnya boleh membahayakan kesihatan telinga jika digunakan terlalu lama dan tanpa kawalan.

Advertisement
pakai earbud terlalu lama

gambar hiasan

Menerusi satu video di TikTok oleh Dr Malar Santhi, pakar ENT (telinga, hidung dan tekak) dari Hospital Columbia Asia, Dr Mohd Hazmi Mohamed menjelaskan bahawa penggunaan alat audio secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada gegendang telinga.

Menurut Dr Hazmi, risiko kecederaan meningkat apabila earbud dimasukkan terlalu dalam dan bunyi yang terlalu kuat pula menghampiri gegendang telinga, yang boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang.

Fenomena ini dikenali sebagai Noise-Induced Hearing Loss (NIHL) atau Kehilangan Pendengar Akibat Bunyi.

noise induce hearing loss

Walaupun sesetengah pengguna merasakan penggunaan headphone lebih selamat, namun Dr Hazmi menegaskan bahawa semua jenis peranti audio membawa risiko bergantung kepada cara penggunaannya.

Antara tanda awal kerosakan telinga yang sering berlaku disebabkan oleh penggunaan peranti audio termasuk:

  • Telinga berdengung.

  • Nada pertuturan menjadi lebih kuat tanpa sedar.

  • Jangkitan pada saluran telinga akibat kulat (kerana kelembapan terperangkap).

  • Telinga sakit, radang dan pengumpulan earwax secara berlebihan.

kesan pakai earbud earphone headphone terlalu lama

Dalam pada itu, Dr Hazmi menyarankan agar pengguna mengikuti panduan penggunaan selamat bagi mengelakkan risiko kerosakan telinga dalam jangka panjang.

Antaranya, pastikan tahap bunyi tidak melebihi 85 decibel (dB) jika digunakan secara berterusan selama lapan jam. Selain itu, beliau mencadangkan formula 60-60, iaitu menghadkan penggunaan kepada maksimum 60 minit sehari pada 60 peratus tahap volume.

Pengguna juga dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan sebarang peranti audio pada tahap bunyi maksimum kerana ia tetap membawa risiko tinggi terhadap kesihatan telinga.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

3 months ago

"Marilah Beringat Untuk Berbuat Baik.." - Individu Hina Dr Malar Berkenaan Isu Vaksin Secara Melampau Dilaporkan Ma*t Ketika Tidur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...