Sedia maklum, sejak semalam tular video memaparkan satu rakaman video bekas Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Musa Hassan bergaduh dengan isteri keduanya.
Susulan penularan video terbabit sudah menjadi viral, ramai netizen membuat andaian sendiri dan Tan Sri Musa Hassan memberi amaran agar orang luar tidak masuk campur hal keluarga mereka.
Terbaharu, bekas Ketua Polis Negara itu ada memuat naik satu ciapan di Twitter yang menarik perhatian ramai.
Ciri-ciri isteri derhaka pada suami:
1. Tidak mensyukuri kebaikan dilakukan suami.
2. Suka menyakiti hati suami.
3. Melayani lelaki lain tanpa pengetahuan suami.
4. Keluar rumah tanpa izin suami.
5. Meminta cerai dari suami.— Musa Hassan (@TSMusaHassan) March 7, 2023
Di dalam ciapan tersebut, TS Musa ada berkongsikan kepada orang ramai ciri-ciri isteri derhaka terhadap suami dan juga sebelum itu, dia ada tweet mengenai tabiat yang patut si isteri tidak amalkan.
Bukan hanya itu, beliau turut tidak kedekut untuk memberitahu kepada netizen surah yang ada kaitan dengan ciri-ciri yang disenaraikan olehnya itu.
Sekadar berkongsi ilmu, ramai juga yang meninggalkan respon di ruangan komen menyokong hal yang diperkatakan oleh bekas ketua polis negara itu serta mendoakan agar segala hal dipermudahkan buat jejaka tersebut sekeluarga.