Asia merupakan tempat yang sempurna untuk korang yang nak mengembara secara solo kerana keselamatan sememangnya terjamin di mana kebanyakan negara memberikan suasana yang tenang dan selamat walaupun pada waktu malam.
Menurut The Flashpacker, negara-negara di Asia juga kebanyakannya mesra pelancong, dan menawarkan pelbagai aktiviti khas untuk pengembara solo. Selain itu, kos perjalanan di Asia lebih rendah berbanding benua lain, membolehkan pengembara menikmati pengalaman tanpa beban kewangan yang besar.
Disini kami kongsikan 5 destinasi yang menarik di Asia untuk para pengembara solo.
- Jepun
Jepun merupakan negara yang menawarkan gabungan memukau antara warisan lama dan kemodenan, mengekalkan budaya serta sejarah yang kaya sambil terus berinovasi dan menerima kemajuan teknologi.
Jepun juga terkenal dengan beberapa hidangan terbaik di dunia, dari okonomiyaki di Osaka hingga ramen Hakata yang legenda di Fukuoka.
- Thailand
Thailand merupakan antara destinasi terbaik untuk pengembara solo kali pertama.
Sama ada korang nak menikmati ketenangan di Taman Negara Khao Sok, menunggang skuter mengelilingi bukit dan air terjun di Pai, atau menyelam di Koh Lanta, Thailand sentiasa menawarkan pelbagai pengalaman, baik di lokasi tersembunyi mahupun di laluan pelancongan yang popular.
- Kemboja
Memandangkan sejarah kelam Kemboja masih baru, terdapat banyak perkara yang boleh korang pelajari semasa melawat negara ini yang akan membuatkan korang pulang dengan pengetahuan dan perspektif baharu tentang dunia.
Daripada menyaksikan runtuhan purba peninggalan Empayar Khmer yang kuat hingga ke kengerian abad ke-20 di bawah rejim Khmer Rouge, setiap hari di Kemboja penuh dengan pelbagai pengalaman.
- Uzbekistan
Uzbekistan kini semakin mendapat perhatian sebagai destinasi pelancongan sejak memperkenalkan kemasukan tanpa visa beberapa tahun lalu. Tidak menghairankan, kerana negara ini kaya dengan sejarah dan budaya serta menawarkan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi.
Dari segi cuaca, musim bunga dan musim luruh adalah waktu terbaik untuk melawat.
- Taiwan
Taiwan adalah salah satu destinasi terbaik untuk pengembara solo kali pertama di Asia. Ia menawarkan pengalaman klasik Asia tanpa terasa terlalu sesak atau menyesakkan seperti kebanyakan negara Asia lain.
Bulan Oktober dan November adalah waktu terbaik untuk melawat Taiwan. Cuacanya tidak sepanas musim panas dan jarang hujan. Tapi, suhu masih agak tinggi pada bulan-bulan ini, jadi korang masih boleh merasai kehangatan dan kelembapan yang menjadi ciri khas Taiwan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.