Rasanya ada saja diantara kita yang suka menonton atau mendengari kisah seram, lagi-lagi jika cerita tersebut berdasarkan kisah sebenar yang dilalui tuan empunya badan.
Kalau anda nak tahu, BeautifulNara ada satu platform podcast di Spotify yang diberi nama sebagai Noktah Misteri, dimana ia dipenuhi dengan kisah-kisah seram yang diceritakan berdasarkan pengalaman sendiri!
Nak tahu kenapa anda WAJIB dengar podcast Noktah Misteri? Ini antara sebab-sebabnya:-
1. Setiap minggu episod baru berlainan cerita seram akan kami muat naik
Pada setiap hari Jumaat, anda dah boleh get ready untuk dengar kisah seram yang diceritakan semula oleh jurucakap Noktah Misteri dan yang paling menarik, cara penyampaian mereka sememangnya boleh buat anda tak tidur malam tau!
Kerana tidak mahu anda berasa bosan dengan kisah seram yang sama, jangan risau! Setiap minggu kisah-kisah seram yang diceritakan adalah berlainan.
2. Kisah seram berdasarkan pengalaman sendiri/tulen
Selain itu, Noktah Misteri turut menyediakan kisah-kisah yang dialami sendiri oleh seseorang, jadinya semua kisah yang disampaikan adalah berdasarkan kisah benar.
Kalau anda dengar setiap cerita Noktah Misteri telah sediakan, boleh rasa debarannya kerana kemungkinan besar anda dapat relate dengan cerita tersebut.
3. Sesuai untuk kaki cerita seram/misteri
Jika anda sememangnya peminat tegar cerita seram ataupun misteri, boleh dikatakan podcast Noktah Misteri merupakan satu platform yang boleh anda dengar jika mempunyai masa lapang dan wajib untuk diikuti.
Jadi! Jangan lupa untuk dengarkan podcast Noktah Misteri di Spotify anda dan DM BeautifulNara jika ada kisah ataupun pengalaman seram yang mahu anda kongsikan kepada kami.
Selain itu, kami kongsikan salah satu podcast Noktah Misteri pada pautan di atas.