PELAKON terkenal, Datuk Aaron Aziz menyatakan rasa kecewanya terhadap pencipta kandungan dan artis yang gemar membincangkan tentang orang lain.
Menurut Aaron, yang juga dikenali sebagai Aaron Mustapha Aziz, 49, fenomena ini semakin meluas di kalangan pengaruh media sosial dan selebriti.
Sekarang ramai sangat ‘content creator’, artis suka cakap pasal orang. Jaga tepi kain lu sendiri sudah lah.
Pelakon filem KL Gangster itu turut menambah, golongan yang suka mengkritik orang lain adalah individu yang menganggap diri mereka paling kreatif dan bijak dalam mencipta kandungan.
Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen, dan kebanyakan komen menyokong pendapat Aaron.
Aaron juga sependapat dengan pandangan seorang netizen yang beranggapan bahawa pempengaruh dan selebriti seharusnya menghasilkan kandungan yang lebih bermanfaat seperti yang dilakukan oleh Khairul Aming.
Beberapa hari yang lalu, tular mengenai isu seorang pempengaruh media sosial yang menghasilkan kandungan dengan menyebut nama seorang pelakon dan pengarah senior.
Akibat daripada itu, penggiat seni tersebut telah meminta permohonan maaf dari orang tua pempengaruh tersebut atau beliau akan mengambil tindakan undang-undang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.