“Suka Cakap Pasal Agama & Tujuan Hidup, Dua Ni Tak Selaras Maka Benda Lain Pun Tak Selaras” – Fattah Amin Akui Sama Pemikiran Dengan Isteri

Hiburan

“Suka Cakap Pasal Agama & Tujuan Hidup, Dua Ni Tak Selaras Maka Benda Lain Pun Tak Selaras” – Fattah Amin Akui Sama Pemikiran Dengan Isteri

Melalui sesi live TikTok yang dilakukan, semalam, pelakon Fattah Amin memberitahu dirinya dan isteri, Amira Othman gemar berbincang tentang topik agama dan tujuan hidup.

Suka ‘deeptalk’, bincang topik agama & tujuan hidup

Kata Fattah, topik tersebut menjadi seronok untuk dibahas susulan mereka mempunyai pemikiran yang sama.

Advertisement

Apa yang kami percaya, apa yang kami fikirkan, apa yang kami cakap, semua itu sama. Rasa seronok bila kami cakap benda yang sama (agama dan kehidupan).

@cute08628 #setulustakdirfattahamira #rissaskin #amiraothman #fattahamin #fattmira ♬ original sound – CUTE

Agama & tujuan hidup kena selaras

Dalam pada masa yang sama, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin menegaskan agama serta matlamat hidup wajar diletakkan sebagai asas utama, khususnya dalam mencari pasangan hidup atau mahu mendirikan rumah tangga.

Apa-apa pun agama nombor satu. Bila nak berpasangan ini memang agama dan tujuan hidup (nombor satu).Kalau dua perkara ini tak synchronize (selaras), benda-benda lain tak selaras juga. Core dia kena sama.

Sekadar info, Fattah dan Amira telah dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, di mana mereka sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

fattah gubah bunga
2025-09-16 11:08:58

Fattah Dipuji Gubah Sendiri Bunga Pengantin Buat Amira - "Jarang Pengantin Lelaki Nak Involve Macam Ni"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...