Suka Cakap Kotor Dan Menggatal, Aniq Suhair Beri Amaran Kepada Individu Menyamar Jadi Dirinya Di Instagram

Hiburan

Suka Cakap Kotor Dan Menggatal, Aniq Suhair Beri Amaran Kepada Individu Menyamar Jadi Dirinya Di Instagram

Pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Aniq Suhair meluahkan rasa kesal apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan foto serta menyamar menjadi dirinya di aplikasi Telegram.

Aniq Suhair
4 years ago

Rasai Pengalaman Dalam PPE, Aniq Suhair Jadi Sukarelawan Di Pusat Penilaian COVID-19

Advertisement

Ujar Aniq,20, dia mengambil maklum mengenai perkara itu setelah diberitahu oleh peminatnya di Instagram, baru-baru ini.

Kata Aniq lagi, individu tersebut turut mengambil kesempatan ‘menggatal’ dengan ramai orang terutamanya wanita di aplikasi sembang tersebut.

Jelas pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta ini lagi, dia kesal kerana ia boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang selebriti.

Saya kesal dengan benda ini sebab tak baik untuk reputasi saya, kalau orang yang dia tipu tu percaya bulat-bulat, tak fasal benda ni boleh jadi fitnah.

Dia turut menzahirkan perasaan kecewa itu di laman Instagram dan memuat naik tangkap layar perbualan individu di sebalik akaun palsu dengan beberapa wanita yang telah menjadi mangsa penipuannya.

Aniq juga memberi amaran kepada individu tersebut untuk berhenti daripada melakukan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang jika dirasakan semakin melampau.

“Saya bagi amaran dahulu di Instagram supaya dia sedar yang saya tahu tentang akaun palsu ini dan jika tak ada perubahan memang saya akan ambil tindakan.” ujarnya tegas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...