October 23rd, 2020

Selepas beberapa buah blog tempatan mengatakan dirinya kini sudah berpurdah, pelakon Izreen Azminda tampil menafikan segala dakwaan tersebut.

Menurut Izreen, tindakannya memakai khimar yang dimuat naik di laman Instagramnya tempoh hari hanyalah sekadar perkongsian semata-mata.

https://www.instagram.com/p/CGpBMykHFYm/?igshid=1f8u1joyk1wly

“Bila masa kami kata kami berpurdah ni. Ada ni ha sama ja macam dulu. Blog blog ni haish malaih cakap la. Sat gi tambah dosa kami ja. Suka bagi netizen buat dosa kering. Semalam tu kami nak kongsi dengan ampa ja khimar tu selesa. Kongsi benda baik tak salahkan ampa.”

Dalam pada itu, pelakon yang kini kian sepi dalam dunia hiburan ini menyatakan, beliau masih berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa mendatang.

“Post macam ni tak menunjukkan kami baik, tapi kami sentiasa berusaha untuk berubah ke arah dan jalan yang diredhaiNya. Insya-Allah. Kami masih sama takda perubahan apa-apa dari segi pakaian sebelum ni. Kami masih pakai mcm dulu lagi.”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pengacara dan usahawan tersohor tanah air, Neelofa membuat keputusan untuk mengenakan niqab. Selain penampilan baharunya itu mendapat perhatian ramai, wujud juga segelintir pihak yang mengakui wanita tersebut banyak memberi inspirasi dalam kehidupan mereka.


3 responses to “Masih Berusaha Untuk Berubah, Izreen Azminda Akui Dirinya Belum Berpurdah”

  1. Anonymous says:

    Xkn prnah suka perampas laki org..

  2. Elliza Razak says:

    TAK PAYAH LA BERPUDAH LAGI WAHAI BETINA JALANG!!

  3. THIS GARBAGE HOMEWRECKER AGAIN!!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...