Personaliti media sosial, Caprice, mencetuskan kejutan apabila mendedahkan dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pempengaruh dikenali sebagai “CEO Batu” terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Dalam satu hantaran di Instagram, Caprice berkongsi tangkap layar perbualan antara remaja bernama Isha dan individu yang didakwa sebagai CEO Batu.
Difahamkan, perbualan bermula apabila Isha menghubungi pempengaruh tersebut melalui mesej di TikTok pada 1 November 2024 untuk menyatakan minat menghasilkan kandungan bersama.
Susulan itu, CEO Batu memberikan maklum balas dan meminta nombor telefon Isha untuk berhubung melalui aplikasi WhatsApp.
Namun, perbualan tersebut dilaporkan bertukar menjadi tidak senonoh apabila CEO Batu dikatakan menghantar gambar yang tidak sepatutnya kepada remaja tersebut.
Caprice turut mendedahkan mesej rayuan CEO Batu kepada ibu mangsa agar tidak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa, termasuk pengakuan bahawa gambar yang dihantar adalah untuk teman wanitanya dan kesilapan itu tidak disengajakan.
Saya merayu sangat kak. Gambar tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang, sebab gambar tu saya dah ambil siap-siap nak hantar dekat teman wanita saya.
Saya tengah kalut nak shoot video campsite. Kalau saya sabit kesalahan, 10 tahun saya ke dalam. Segala usaha saya selama ni semuanya akan hilang kak. Saya masih ada orang tua untuk bagi nafkah. Kalau kak nak saya sujud pun saya sanggup kak.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh CEO Batu berhubung dakwaan yang sedang tular tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.