Niat asal hanya untuk menunaikan solat Maghrib, namun bertukar menjadi satu pengalaman luar jangka buat seorang lelaki Malaysia apabila tanpa disedari, beliau singgah ke sebuah pusat ibadah yang dikatakan milik komuniti Syiah di Singapura.
Perkara itu dikongsikan oleh pengguna X, @NazmiHanafiah, yang menyatakan kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan di kawasan Geylang, Singapura dan mencari tempat solat.
Great great experience. Tapi takkan repeat. Harap kiblat betul la. Aku taktau depa wuduk macam mana sebab aku kena masuk tandas. Paip basuh kaki dekat jamban, yang lain dekat sinki.
Menurut Nazmi, tempat tersebut merupakan Ahlulbayt Educational & Cultural Centre, dan dia hanya menyedari ciri-ciri berbeza pusat itu selepas sudah hampir masuk ke ruang utama.
Dah depan pintu baru tau, kalau gerak terlepas maghrib hmm. Aku maghrib sorang-sorang. Diorang 7.50 maghrib dan isyak jamak. Saf perempuan cuma di belakang lelaki takda penghadang macam kita.
Tambahnya lagi, terdapat beberapa aspek yang berbeza berbanding amalan di masjid biasa yang sering dikunjungi.
Imam dengan belakang dia pak Arab, yang monitor pak Arab, tandas aku ambil wuduk dekat kitchen, ha yang kat kitchen tu maybe Pakistan. Sujud depa ada batu, geng makcik tu duduk kerusi tapi dia sambung saf belakang ja. Jauh dari situ baru ada penghadang dan sorang ja pompuan. Yang lain memang sambung saf belakang.
Nazmi turut meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui bahawa bukan hanya satu, tetapi terdapat lebih daripada satu pusat ibadah Syiah di negara tersebut.
Saya ingatkan cuma Masjid Burhani satu-satunya masjid Syiah di Singapura, salah cara sangka baik. Serius taktau, sebab yang famous yang ni. Taktau ada cabang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.