Suhu Panas Lebih 32 Darjah Celsius Beri Kesan Strok Haba Kepada Individu

Kehidupan

Suhu Panas Lebih 32 Darjah Celsius Beri Kesan Strok Haba Kepada Individu

Berdiri terlalu lama berada di bawah cahaya matahari yang terik melebihi suhu 32 darjah Celsius boleh menyebabkan individu diserang keletihan atau strok haba.

Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat iaitu Pensyarah Perubatan dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan suhu di ibu negara mencecah hingga 35 darjah Celsius.

Advertisement

“Bagi mengelakkannya, pastikan kerap minum air kosong atau mineral sekurang-kurangnya lapan ke 10 gelas setiap hari. Ambil hirupan kecil tetapi kerap. Selain itu, elakkan minuman bergula dan beralkohol kerana ia akan menyebabkan dehidrasi”.

banyakkan air kosong

“Bagi mereka yang bekerja di luar, selain cukup hidrasi, pastikan mengenakan pelindung matahari bagi menghalang kulit daripada sinar ultra ungu matahari (UV) yang boleh menyebabkan risiko dalam jangka masa panjang”.

Selain itu, Pakar Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan puteh, berkata kesan cuaca panas akan memberi kesan kepada kanak-kanak.

“Memandangkan musim persekolahan sudah bermula, ibu bapa perlu memastikan anak-anak membawa bekalan air yang mencukupi bagi mengekalkan hidrasi mereka”.

Beliau juga menambah dalam keadaan cuaca yang panas ini, badan akan menghasilkan peluh dengan lebih banyak bagi menghilangkan haba justeru pengambilan air kosong perlu dilebihkan.

jus tanpa gula

“Selain daripada itu, minum jus tanpa gula. Air kelapa juga baik kerana mengandungi banyak garam dan protein yang baik untuk tubuh badan”.

Elakkan pendedahan kepada cahaya matahari dan banyakkan pengambilan air bagi mereka yang bekerja di luar.

SUMBER  

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...