Perkara ini juga mendapat perhatian bekas wartawan yang cukup disegani, Suhaimi Sulaiman yang menegur wartawan didalam video tersebut. Menurutnya, sebagai seorang wartawan Elly sepatutnya tidak berlagak angkuh ketika mengendalikan temuramah dan harus bijak.
Tambah beliau lagi, tidak salah untuk bertanyakan soalan yang susah tetapi Elly tidak harus memberi tekanan yang melampau dan menampakkan seseorang itu kurang cerdik di hadapan kamera. Pelbagai lagi cara yang boleh beliau lakukan untuk menguji tahap pemikiran seseorang. Namun, apa yang berlaku baru-baru ini jelas memperlekeh etika kewartawanan.
Kami bersetuju dengan kenyataan Suhaimi Sulaiman mungkin format Dewi Remaja untuk melakukan temuramah seperti itu, tetapi pada masa yang sama mereka masih boleh menghormati seseorang itu dan bukannya memanfaatkan kelemahan orang lain untuk menghangatkan lagi situasi. Ini bukan kali pertama wartawan HLive Elly Arifin mencetuskan provokasi dan kontroversi. Sebelum ini, beliau juga telah mencabar kesabaran Sharnaaz Ahmad dengan menanyakan soalan yang tidak sepatutnya.
Sumber Berita: Facebook Suhaimi Sulaiman