Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah Bumi Ini Bulat Sfera

Trending

Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah Bumi Ini Bulat Sfera

Sebelum ini, bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saiz matahari dan bulan hampir sama. Ia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menganggap beliau sudah jauh tersasar dalam pemikiran dan pendapatnya.

Advertisement

Terbaru, Suhaimi sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mencabar angkasawan negara, Dr Sheikh Muzaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah SWT mengatakan bentuk bumi itu bulat sfera.

Dalam status yang dimuat naik di akaun Facebooknya, Suhaimi juga berjanji untuk menghentikan ‘kajiannya’ dan akan menolong untuk berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang yakin dan percaya bumi ini sebenarnya rata.

Suhaimi juga meminta netizen untuk menunjukkan  kepadanya di mana kedudukan langit dunia seperti disebutkan dalam surah Al-Mulk.

Respon Netizen


Suami kepada Ina Naim ini memang diketahui tidak menghantar anak-anak ke sekolah dan menggunakan kaedah ‘home schooling’ dimana Suhaimi sendiri menjadi guru di rumah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...