February 14th, 2019

Biarlah dikecam netizen, bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad masih ingin teguh dengan kenyataan beliau mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama.

Suhaimi mencetuskan kontroversi lagi apabila mencabar pula angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muzapkhar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa bumi itu bulat sfera. Pada masa yang sama, beliau berjanji akan menghentikan kajiannya dan menolong berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang mempercayai bentuk bumi ini rata.

Bukan itu sahaja, Suhaimi turut meminta netizen juga menunjukkannya di mana langit dunia seperti yang disebutkan dalam surah Al-Mulk.

Rata-rata netizen menganggap Suhaimi terlalu egois untuk menerima segala ilmu sains yang ada dan kini mahu pula menegakkan ideologi beliau yang merapu.

Suhaimi dikenali sebagai antara ibu bapa yang menolak vaksin dan tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah. Lebih selesa untuk mengajar sendiri anaknya di rumah sahaja.


99 responses to “Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah Bahawa Bumi Bulat Sfera”

  1. Ramlee says:

    Teman setuju dgn suhaimi yg bumi ni rata…flat.
    Teman setuju saiz bumi dan matahari sama atau hampir sama.
    Saiz bumi lebih kurang 40 ribu kilometer. Tapi kita guna unit kilometer sejam utk halaju.dibumi. Jarak ke bulan 384 ribu kilometer, tapi mengapa mereka gunakan unit kaki sesaat bila terbang ke angkasa? Kenapa? Sebab dekat sgtkah? Atau sebab nak kelirukan manusia dgn angka2 yg besar?
    Suhaimi jgn bimbang anda benar selagi tak dibuktikan anda salah…

    • Anonymous says:

      Hhahahahaha….Unit org amerika guna mmg kaki. kita mmg guna kilometer. Amerika drive belah kiri, kita belah kanan. Bukan nak confusekan sesape, cuma kebiasaan unit ukuran sesebuah negara. Klu tengok dokumentari dari amerika mmg guna unit kaki, kalau tgk dikumentari UK guna kilometer (Malaysia jajahan UK, maka, kita pon guna kilometer)
      Lawak la…Confuse apanya. Amik henpon pegi google conversion of foot to kilometre, tekan, dh convert.????? Nampak sgt tidak bijak di situ
      Korang ni….Semua dari barat kononnya nak confusekan org Islam. Apalah sangka buruk sgt. Padahal asalnya ilmuan2 Islam jugak yg mula2 kaji sains moden.
      Daripada tekan2 henpon, social media yg buatan barat ni utk benda2 pelik, baiklah tgk dokumentari. Klu x nak yahudi/barat sgt dokumentari tu, ada je dokumentari bukan barat punya?

  2. robyn says:

    Dulu kes safiey ilias ada mufti ajak jumpa untuk menasihati dia. Kalau bandingkan dgn safiey si-SS ni lagi penting untuk mufti atau ulama’ jumpa dan nasihatkannya sbb kesesatan SS boleh mempengaruhi anak2nya yg tak bersekolah dan tak bergaul dgn org luar utk sama2 sesat dgn dia… walahualam

  3. Budak kampung says:

    Assalamualaikum saudara ss…terlintas di benak sy, perkara yg saudara utarakan..mungkin benar apa yg saudara ajukan…bumi itu mendatar….itu kepercayaan dan hasil kajian saudara…tp..sy yg kurang arif ini masih menilai…jika bukan dari segi fakta sains, bagaimanakah perkiraan kita untuk mengetahui waktu solat…seperti yang saudara ketahui waktu solat kita diukur mggunakan terbitnya matahari hingga terbenam matahari….bagaimana laungan azan itu berkumandang silih berganti tanpa henti diseluruh dunia, ini kerana jika bumi itu mendatar pasti akan ada empty space atau kawasan yang matahari hilang seketika dari ufuk atau pandangan atas bumi…agak mustahil bagi saya jika matahari itu dari kiri kenan dan berpatah balik dari kanan ke kiri…dan dipertengahannya akan berselisih dengan bulan..apakah setiap hari akan berlaku gerhana…sy percaya teori beliau….tp masih saya pohon beliau untuk memperbetulkan error2 yang sy kemukakan…

    Mengenai langit bumi…jika itu persoalannya dan mengikut teori dari ss sendiri…bumi itu mendatar…seusai kita tahu langit berda diatas…dimana langit bumi maksudnya dibahagian ATAS. Kerna bumi itu mendatar…mustahil pulak langit itu berada dibawah. Ini jawapan mengikut teori ss sendri la.

    Mohon la penjelasan ss tentang perkara2 dimana azan bersambung disetiap pelosok bumi…bagaimana matahari sentiasa kelihatan dan berada di tempat yg sepatutnya tanpa mengulangi titik tengah untuk ke hujung satu lagi…bagaimana matahari dan bulan tidak berselisih….bagaimana kejadian pasang surut air…

    Cuma bertanya…ingin mengkaji juga…

  4. kesian ina dan anak2 says:

    harap ina bertabah lah, dulu putus tunang dapat pulak suami macam ni, aku pasti ina pun besedih pada ketika ini mengenangkan nasib dia dan anak2 yang terpaksa mengikut telunjuk suami yang sombong angkuh seolah2 dia je yang betul. bertabahlah ina, doa banyak2 semoga Allah bukakan pintu hati suami mu.

  5. cincinperak says:

    indon, sila claim dia ni pls.

Loading...