Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah Bahawa Bumi Bulat Sfera

Biarlah dikecam netizen, bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad masih ingin teguh dengan kenyataan beliau mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama.

Advertisement

Suhaimi mencetuskan kontroversi lagi apabila mencabar pula angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muzapkhar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa bumi itu bulat sfera. Pada masa yang sama, beliau berjanji akan menghentikan kajiannya dan menolong berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang mempercayai bentuk bumi ini rata.

Bukan itu sahaja, Suhaimi turut meminta netizen juga menunjukkannya di mana langit dunia seperti yang disebutkan dalam surah Al-Mulk.

Advertisement

Rata-rata netizen menganggap Suhaimi terlalu egois untuk menerima segala ilmu sains yang ada dan kini mahu pula menegakkan ideologi beliau yang merapu.

Suhaimi dikenali sebagai antara ibu bapa yang menolak vaksin dan tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah. Lebih selesa untuk mengajar sendiri anaknya di rumah sahaja.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

99 Comments

  1. Norizan binti bakar

    February 17, 2019 at 10:10 am

    Ada perkara yg boleh dikaji dan ada perkara tidak boleh kerana itu rahsia Allah. Dah kalau angkasawan negara kata macam telur asal plak nak sumpah bagai… Bro kaji lebih Lebih boleh jadi sewel… Atau mmg dah tahap sewel dia ni. Buat malu je jadi org yg berpengetahuan agama konon.

  2. Ramlee

    February 15, 2019 at 6:24 pm

    Tahu tak kita sheikh muzaffar hanya mencapai ketinggian diangkasa tidak lebih dari 200km pun. Pada jarak 200km dapatkah kita lihat sesuatu yg sebesar 12,700km dengan penuh?
    Atau teman mudahkan begini….200km nisbah 12,700km sebagai 2meter nisbah 127meter kita kecilkan supaya mudah kita bayangkan. Sekarang cuba kita bayangkan kita berada 2meter dari sebuah bola yg bersaiz 127meter….dapatkah mata kita lihat bola tersebut pada keseluruhannya dan mengatakan bola itu bulat?

  3. Ramlee

    February 15, 2019 at 6:11 pm

    Teman setuju dgn suhaimi yg bumi ni rata…flat.
    Teman setuju saiz bumi dan matahari sama atau hampir sama.
    Saiz bumi lebih kurang 40 ribu kilometer. Tapi kita guna unit kilometer sejam utk halaju.dibumi. Jarak ke bulan 384 ribu kilometer, tapi mengapa mereka gunakan unit kaki sesaat bila terbang ke angkasa? Kenapa? Sebab dekat sgtkah? Atau sebab nak kelirukan manusia dgn angka2 yg besar?
    Suhaimi jgn bimbang anda benar selagi tak dibuktikan anda salah…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top