Biarlah dikecam netizen, bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad masih ingin teguh dengan kenyataan beliau mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama.
Suhaimi mencetuskan kontroversi lagi apabila mencabar pula angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muzapkhar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa bumi itu bulat sfera. Pada masa yang sama, beliau berjanji akan menghentikan kajiannya dan menolong berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang mempercayai bentuk bumi ini rata.
Bukan itu sahaja, Suhaimi turut meminta netizen juga menunjukkannya di mana langit dunia seperti yang disebutkan dalam surah Al-Mulk.
Rata-rata netizen menganggap Suhaimi terlalu egois untuk menerima segala ilmu sains yang ada dan kini mahu pula menegakkan ideologi beliau yang merapu.
Suhaimi dikenali sebagai antara ibu bapa yang menolak vaksin dan tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah. Lebih selesa untuk mengajar sendiri anaknya di rumah sahaja.