Mendedahkan dirinya kini berdepan masalah kesihatan apabila menghidap sakit mata kronik sejak setahun lalu, bekas penyanyi kumpulan nasyid InTeam, Suhaimi Saad akui beliau kini memerlukan bantuan isterinya, Ina Naim.
Hal ini demikian kerana, matanya yang rabun kini seakan mendesak isterinya membantu dalam urusan harian ekoran masalah kesihatan.
Lebih perit, beliau juga terpaksa berjalan menggunakan tongkat dan mendapat rawatan susulan di hospital.
“Saya mengalami masalah mata ini sejak tinggal di ibu negara lagi. Selain isteri, saya juga menggunakan tongkat untuk berjalan. Saya masih masih mendapatkan rawatan susulan di hospital selain meneruskan rawatan secara tradisional untuk mengubati mata ini.”
Dedahnya lagi, beliu juga turut dibantu oleh keluarga angkat dalam urusan harian sejak menetap di Kelantan tiga tahun lalu.
“Kami sekeluarga bahagia tinggal di Kelantan. Kami mempunyai keluarga angkat yang banyak membantu dan sentiasa memberi sokongan meskipun kami jauh daripada keluarga di Pahang dan Johor,”
Selain itu, Suhaimi mendedahkan isterinya juga berperanan sebagai guru di rumah selepas keempat-empat anaknya kini difahamkan hanya bersekolah di rumah (home schooling).
Malah, Ina Naim juga kini giat menjalankan peniagaan barangan kosmetik dan pakaian secara dalam talian, malah turut menerima tempahan menyediakan makanan bagi membantu menambah pendapatan keluarga.
Sumber: Kosmo!

Anonymous
November 6, 2020 at 4:11 pm
Sabarlah… Ini ujian. Berkatalah yg baik- baik. Klau x ada perkara yg baik utk diperkatakan, eloklah berdiam.. wallahualam
Anonymous
November 6, 2020 at 10:51 am
Ego n masalah mental ..m mungkin dulu ambil drugs … Akibatnya saraf di otak rosak …
Kesian la kat Wife n anak anak … Sekolah kerajaan bagi free …. Nape home schooling . Stopped the stupidity
Anonymous
November 6, 2020 at 9:23 am
la pergi hospital jugak ke? tanya je…
hmm.. macam bini je yg seksa, dgn kena jd cikgu utk anak yg home schooling lagi. memang sesuka hati je sesiapa boleh home schooling ye? bukan kena dpt kelulusan atau kena ada kriteria tertentu ke? senang betul!