December 20th, 2011

Fuh ~~ Pantas sungguh editor Media Hiburan mendapatkan kenyatan balas daripada Suhaila, isteri Jimmy Shanley mengenai kata-kata yang dilemparkan oleh Jimmy di dalam mahkamah baru-baru ini. Semestinya Suhaila berada di dalam keadaan tertekan apabila membaca tuduhan Jimmy tentang dirinya yang masih ketagih judi dan rokok.

suhaila jimmy

Namun Suhaila menerusi ibunya, Datin Muniroh telah mengirimkan SMS berbunyi:-

Saya tidak mahu mengaibkan Jimmy. Walaupun banyak perkara yang dapat saya keluarkan untuk mengaibkanya. Kerana buruk baik pun, dia pernah bertahta di hati saya dan kini menjadi bapa anak saya.Mahkamah bukan pentas untuk Jimmy mengaibkan isterinya jika dia benar-benar sayangkan rumah tangganya. Bagi seorang muslim yang berpegang pada ajaran Islam, dia tidak akan membuka aib orang lain lebih-lebih lagi aib isterinya.

Abang Nara senang je bab-bab gini. Ikut je perkembangan kes Jimmy dan Suhaila di mahkamah. Siapa yang benar dan salah pasti akan terbukti jua.


180 responses to “Suhaila Pertikai Kenyataan Dan Tak Mahu Buka Aib Jimmy Shanley”

  1. Rien says:

    ntah apa2 la kes ni…dua-dua salah dan tak matang, sebagai manusia, trimala pasangan hidup kita ni seadanya dan saling tolak ansur serta menyayangi itu adalah kunci kebahagiaan. jgn jdikan alasan ketidakpuasan itu sbgi punca pergaduhan dlm hubungn suami-isteri…ingatla…kita hidup di dunia ni hanya sementara…hanya kepada Allah s.w.t jua tempat yg kekal abadi selamanya. ingatla…anak yg masih kecil memerlukan kasih syg…jgn hanya bertuhankan harta benda dan darjat semata-mata tetapi penuhkanlah iman didada dgn ibadat kepadNya. semoga pasangan ini mendapat hidayah dari Allah s.w.t. amin.

Loading...