Sugu Pavithra Tak Mahu Ada Kaitan Lagi Dengan YouTube

Hiburan

Sugu Pavithra Tak Mahu Ada Kaitan Lagi Dengan YouTube

Seakan tampil mengejutkan ramai pihak apabila tiada lagi sebarang video di saluran milik mereka dan berkemungkinan telah dipadam, nama pasangan YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra sekali lagi mula disebut-sebut.

sugu pavithra tak mahu ada kaitan lagi dengan youtube

Advertisement

Selepas kes didakwa mencederakan isterinya selesai, pasangan ini dikhabarakan telah membuat keputusan untuk tidak ada kaitan lagi dengan laman YouTube. Hal ini demikian kerana, mereka kini enggan lagi terbabit dengan perkara yang boleh meraih perhatian umum.

“Kami tidak mahu lagi ada kena-mengena dengan YouTube.”

sugu pavithra tak mahu ada kaitan lagi dengan youtube

Menurutnya, pasangan ini hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan menjalani kehidupan seperti orang biasa sahaja.

“Ramai lagi YouTuber masakan yang lagi hebat dan bagus. Kami hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga.”

sugu pavithra tak mahu ada kaitan lagi dengan youtube

Setakat ini, Sugu memaklumkan, mereka berdua masih belum memikirkan akan perancangan apa yang mahu dilakukan pada masa hadapan.

Untuk rekod, biarpun menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen menerusi setiap video yang dimuat naik di laman berkenaan, namun pasangan itu dilaporkan bertindak memadam semua video yang dihasilkan mereka selama ini. Sepanjang tempoh mengendalikan saluran itu, mereka telah berkongsi 98 video yang meraih lebih 34 juta tontonan.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...