Sugu Pavithra Gugup Pertama Kali Bersua Muka Dengan Perdana Menteri

Trending

Sugu Pavithra Gugup Pertama Kali Bersua Muka Dengan Perdana Menteri

Youtuber yang kini sering menjadi sebutan, Sugu Pavithra dan suaminya semalam telah berjaya bersua muka dengan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertemuan antara Pavithra dan Perdana Menteri itu dilaporkan berlaku dalam  Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya semalam.

Advertisement
Youtuber berusia 28 tahun itu mengakui dia berasa amat gementar apabila pertama kali bertemu dengan Perdana Menteri sehingga beliau kehilangan kata-kata.

“Pavithra, tak masak ke?”

Pavithra yang disapa oleh Perdana Menteri dalam majlis tersebut menyatakan perkataan seakan tersekat keluar daripada mulutnya.

“Tadi beliau juga tanya saya tak makan ke? Saya rasa terlalu gementar sehingga saya hanya kata ah, ah ya…”

Dia yang menjalankan saluran YouTube masakan Sugu Pavithra itu sememangnya diketahui umum mempunyai hubungan baik bersama Perdana Menteri.

Namanya beberapa kali disebut ketika sidang media Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini. Pasangan itu juga pernah menerima hadiah daripada Perdana Menteri sebelum ini.

Pavithra dan suaminya yang menerima jemputan khas menghadiri majlis itu, dilihat melafazkan Rukun Negara dengan penuh semangat ketika ia dibacakan oleh Perdana Menteri.

Mereka yang terkenal dengan kepetahan bertutur dalam bahasa kebangsaan itu turut berazam untuk menanam semangat Rukun Negara kepada anak-anak mereka yang masih kecil.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...