Sugu Pavithra Berhasrat Jemput PM Ke Rumahnya

Trending

Sugu Pavithra Berhasrat Jemput PM Ke Rumahnya

Kini, orang ramai sudah cukup mengenali individu bernama Sugu Pavithtra, Youtuber berbangsa India yang menyediakan saluran Youtube resepi ringkas ketika ini. Berdasarkan tinjauan, Pavithra kini telah memiliki sebanyak 490,000 pengikut di akaunnya.

Namun siapa sangka, dengan pencapaian tersebut beliau turut berjaya menarik perhatian Perdana Menteri Malaysia dan telah menerima ucapan penghargaan berserta beberapa hadiah baru-baru ini.

Advertisement

2 years lalu

Sugu Pavithra Terima Kad Ucapan Dan Hadiah Tripod Daripada Perdana Menteri

Berikutan perkara itu, Pavithra kini telah menyimpan hasratnya untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin suatu hari nanti, ketika negara sudah bebas dari COVID-19.

“Perkara pertama yang akan saya lakukan adalah menjemput Perdana Menteri ke tempat tinggal sederhana untuk mencicipi hidangan saya.”

Walaupun menyedari perkara itu agak mustahil baginya namun, Youtuber yang berusia 28 tahun ini turut mengatakan bahawa beliau akan tetap mencari jalan untuk menghantar jemputan itu kepadanya. Bukan itu sahaja, beliau juga turut menawarkan beberapa menu hebat yang akan dimasakkan khas buat Perdana menteri kita.

Advertisement

“Saya tahu mungkin mustahil perdana menteri datang ke rumah saya kerana saya hanya orang biasa.”

Sugu Pavithra

Selain itu, Pavithra yang fasih berbahasa Melayu ini juga telah menyimpan hasrat untuk mengedarkan makanan kepada masyarakat di kawasan ladang kelapa sawit pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

“Perdana menteri mengingatkan saya untuk memasak dan berkongsi makanan kepada orang lain.”

Jelasnya lagi, beliau juga akan menggunakan segala bahan yang telah diberikan kepadanya untuk memasak hidangan sederhana dan akan edarkan kepada jiran-jiran terdekat.

Ibu kepada dua orang anak ini juga dikatakan telah berhasrat untuk belajar membakar dan membuat pencuci mulut menggunakan ketuhar yang diterima dari Perdana Menteri dan tidak akan menyerah walaupun sudah gagal beberapa kali.

Keluarga Sugu Pavithra

Beliau turut mengongsikan bahawa rancangan membuka saluran Youtube ini adalah untuk membantu suaminya yang bekerja di ladang dan hanya memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan dan kini beliau mengakui bahawa pendapatan mereka adalah lebih dari mencukupi.

Pavithra juga menambah bahawa terdapat banyak cara untuk mengubah kehidupan seseorang hanya tekad dan kerja keras sahaja.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...